INTERIOR DESIGN MURAH DI MALAYSIA

AWAS DENGAN KONTRAKTOR MURAH!

SUNGAI PETANI – Polis Kedah menerima sembilan laporan polis membabitkan penipuan pembinaan dan pengubahsuaian rumah sehingga kerugian mencecah RM535,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, modus operandi yang digunakan ialah memperdaya mangsa dengan mengiklankan perkhidmatan menerusi Facebook.

Susulan itu, polis menahan seorang kontraktor binaan berusia 38 tahun dari Sungai Petani yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes itu.

“Lelaki berkenaan ditahan di kawasan Sungai Petani oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda jam 10.30 malam tadi selepas dijejaki lebih kurang enam jam.

“Semakan mendapati sembilan laporan polis dibuat ke atas suspek membabitkan modus operandi dan individu yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Siasatan awal, suspek mengaku telah menggunakan wang deposit yang dibayar mangsa untuk tujuan pusingan modal perniagaan,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, 17 individu mendakwa mengalami kerugian mencecah RM481,000 setelah ditipu sebuah syarikat apabila projek pembinaan rumah baharu dan pengubahsuaian rumah di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak seperti dijanjikan.

INTERIOR DESIGN MURAH DI MALAYSIA

Ini adalah petikan akhbar daripada Sinar Harian yang bertarikh 15 Novermber 2020. Jika dilihat daripada jumlah keseluruhan kerugian yang mencecah sehingga RM535,000 itu, boleh dianggarkan secara purata lebih RM31,000 kerugian yang ditanggung oleh setiap 17 individu yang menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab ini.

RM31,000 adalah satu nilai yang sangat besar yang mungkin ada segelintir daripada m ereka yang sanggup mengikat perut untuk dapatkan sejumlah wang sebanyak itu untuk mencantikkan dan memberikan lebih keselesaan untuk kediaman mereka.

Pemilihan kontraktor bukanlah satu hal yang mudah, banyak faktor perlu dinilai sebelum kita menanda tangani kontrak. Biarpun kontrak sudah dimetrai, dan projek pembangunan terbengkalai, kita boleh laporkan pada pihak berkuasa. Namun, sanggupkah kita menunggu lebih lama lagi untuk kita duduk di kediaman idaman kita? Urusan mahkamah tidaklah diselesaikan hanya dalam tempoh 2-3 hari, tetapi bertahun.

Sentiasalah Berhati-hati!

Baca juga AFFORDABLE INTERIOR DESIGN MALAYSIA.

BUILDSPACES SYARIKAT YANG DIPERCAYAI

Buildspaces Touch Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Buildspaces, antara kontraktor binaan dan hiasan dalaman yang tidak asing di kalangan warga kota. Dengan pengalaman melebihi 12 tahun, dan menitikberatkan mengenai komprehensif: konsep kreatif, perincian, materialiti dan kualiti ruang adalah bahagian yang penting dan tidak terpisahkan dari projek, pastinya hasil kerja keras Buildspaces menghasilkan reka bentuk, ruang dan produk yang menakjubkan untuk pelanggan-pelanggan mereka. Dengan memiliki falsafah bahawa ruang ditentukan oleh dimensi daripada ukuran fizikal seperti ketinggian, lebaran dan kedalaman, menjadikan bahagian ruangan dalaman yang direka dengan baik akan dapat menghidupkan suasana yang bernilai, pandangan dan falsafah hidup.

INTERIOR DESIGN MURAH DI MALAYSIA

Tujuan utama Buildspaces adalah untuk menggambarkan nilai dan keperibadiannya melalui reka bentuk. Dengan adanya sijil yang didaftarkan dan dikenali oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), keselamatan dan kepuasan terjamin. Malah, Buildspaces terdiri daripada pasukan produksi yang profesional berdaftar, terlatih dan berpengalaman seperti arkitek, jurutera, pereka bentuk dalaman, tukang kayu dan tukang binaan terbukti boleh dipercayai dalam mengendalikan projek pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman. Melalui pengurusan yang teratur dan profesional, dapat dilihat proses dan kemajuan yang lancar, komunikasi yang lebih baik, kurang masalah yang tidak diingini dan juga nilai yang besar dengan penjimatan kos dalam melantik semua professional dalam satu pasukan iaitu Buildspaces.

Baca juga GUIDE ON INTERIOR DESIGN PRICE IN MALAYSIA

CARA-CARA KENALI KONTRAKTOR ANDA

Ada beberapa cara yang boleh anda semak kesahihan dan kewujudan satu-satu syarikat pembinanan ini.

  1. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk mengubah suai rumah anda.
  2. Banyakkan cari bahan untuk kenali kontrakto-kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan kontraktor-kontraktor yang amanah. Ingat, biarpun syarikat berkenaan memiliki dokumentasi yang lengkap, tidak bermakna syarikat tersebut adalah terbaik.
  3. Nilai seberapa banyak kontraktor yang berlainan dan dapatkan sebut harga dan semak wajarkah harga yang ditawarkan
  4. Semak latar belakang syarikat, didaftarkan dibawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  5. Survey projek-projek yang syarikat berkenaan telah siapkan
  6. Jangan berurusan jika kontraktor tersebut terlalu banyak alasan.
  7. Sekat peratusan deposit tinggi melebihi 30%, jika lebih, ada yang mencurigakan.

Ini adalah asas sahaja, tiada langkah yang tepat untuk pastikan kontraktor itu amanah atau tidak.

Apa yang boleh dikatakan adalah, usaha, doa dan tawakal. Berusahakah untuk buat kajian mengenai kontraktor  pembinaan yang bakal anda berurusan, berdoa agar tiada masalah besar perlu dihadapai semasa pembinaan dan selepas pembinaan dan tawakal dengan usaha dan doa.

Baca juga artikel ini, RENOVATION COST

Psst… Kita beli barang online RM20 percuma penghantaran pun kita akan lihat dulu “feedbacks” dan “comments” kedai tersebut apatah lagi ribuan ringgit bakal dibelanjakan.

INTERIOR DESIGN MURAH DI MALAYSIA

Interior Design in Kuala Lumpur

BuildSpaces Touch is fully licensed and insured and provides official estimates with costs, timelines and payment schedules. We are a lead safe certified firm of professional general contractors that plan, design, file permits and licenses, schedule, order materials and keep the workflow moving according to schedule. We offer complete home remodeling services including complete home and apartment renovationskitchens, bathrooms, electrical, plumbing, tiling, flooring, painting and other services. BuildSpaces keeps home owners informed along the way with daily updates on projects.

Contact us for a free estimate on your next Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya or Negeri Sembilan home renovation project. We go above and beyond to complete your project on time and within budget with well-designed home renovation solutions that are an expression of your lifestyle.

Follow us on social

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top