Scam Kontraktor

Scam Kontraktor

Pastinya kita sering sahaja mendengar berita bahawa ramai yang sering kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor mereka, atau lebih buruk lagi, oleh orang yang mereka percayai untuk membantu memperbaiki istana mahligai mereka. Berikut adalah beberapa petua untuk melindungi diri anda daripada tertipu atau di”scam” oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab:
Scam Contractor

Tentukan Projek Anda Dengan Jelas

Sebelum anda mula berbincang dengan kontraktor, ambil majalah yang berkaitan dengan pengubahsuaian atau cari maklumat mengenai reka bentuk dan bahan pembinaan di Internet, dan kemudian letakkan idea anda di atas kertas dan ini adalah lebih baik untuk diberikan kepada kontraktor daripada tidak ada sama sekali. Ini akan memberi potensi kontraktor untuk lebih memahami apa harapan anda dan apa yang anda inginkan dalam perubahan premis anda.

TOP 5 INTERIOR DESIGN IN KUALA LUMPUR

Kenali Kontraktor Anda

Dengan adanya dunia di hujung jari anda, semua ulasan atau rujukan boleh dilakukan dalam talian, namun anda perlu melakukan pemeriksaan penuh mengenai lesen dan sijil kontraktor dan sejarah ulasan negatif kontraktor pilihan anda. Perlu diingat, penilaian dan pemeriksaan penuh diperlukan untuk mengelakkan berlakunya kes pembinaan terbengkalai kerana kontraktor reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian yang tidak bertanggungjawab dan pasti akan meningkatkan perbelanjaan anda.

SCAM KONTRAKTOR

Lakukan Penyelidikan

Sebelum mengupah sesebuah syarikat kontraktor reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian, pastikan anda membuat penyelidikan tentang latar belakang syarikat tersebut. Jangan mengupah hanya berdasarkan perbualan atau perbincangan secara rawak. Periksa rekod prestasi kontraktor dengan cuba mendapatkan nama pelanggan terdahulu dan ketahui sama ada mereka berpuas hati dengan kerja dan garis masa projek, serta sama ada mereka mengupah kontraktor lagi. Anda juga boleh bertanya dengan pelanggan mereka yang terdahulu mengenai hasil kerja kontraktor tersebut. Selain itu, anda juga boleh semak melaui subkontraktor dan tanyakan sama ada mereka berpuashati bekerja dengan kontraktor dan adakah kontraktor itu membayar tepat pada masanya dan sekiranya kontraktor anda enggan memberikan rujukan, sila ragui dan cuba untuk mencari kontraktor yang lain.

Scam Contractor

Tujuan Bayaran

Berhati-hati dengan kontraktor yang mahukan wang pendahuluan yang tinggi nilainya. Sebagai peraturan umum, jangan membayar lebih daripada separuh. Kebiasaan wang pendahuluan adalah untuk pembelian bahan mentah pembinaan. Ambil tahu, anda tidak perlu takut untuk meminta kepada kontraktor salinan resit pembelian sebagai semakan dan simpanan anda. Periksa bahawa bayaran adalah setimpal dengan proses yang dihasilkan oleh kontraktor.

Scam Contractor

Alasan

Kontraktor yang banyak memberikan alasan perlu anda ragui. Sebagai contoh jika kontraktor sering mengelak untuk menunjukkan sijil-sijil berdaftar yang menunjukkan bahawa mereka adalah kontraktor yang boleh dipercayai, anda perlu ragui dan elakkan diri daripada berurusan dengan kontraktor sebegini.

Scam Contractor

Semak Perjanjian

Kaji semua aspek dia dalam kontrak sebelum anda menandatangani. Anda perlu ketahui dengan jelas mengenai perincian dalam setiap helaian kontrak mengenai reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian yang akan dilakukan di premis anda. Perlulah untuk anda bertanyakan kepada kontraktor jika ada sebarang keraguan dalam perjanjian tersebut kerana perjanjian ini yang akan menjadi bukti untuk sesebuah kontraktor reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian itu menjalankan tugas mereka dengan betul.

SCAM KONTRAKTOR

Lakukan Pemeriksaan Berkala

Sewaktu peroses pembinaan dilakukan, pemeriksaan berkala adalah penting bagi memastikan kontraktor reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian yang anda upah menjalankan tugas mereka mengikut masa. Pantau kontraktor anda dengan cara bertanya dengan jiran dan orang sekeliling.

Scam Contractor

BuildSpaces Touch is fully licensed and insured and provides official estimates with costs, timelines and payment schedules. We are a lead safe certified firm of professional general contractors that plan, design, file permits and licenses, schedule, order materials and keep the workflow moving according to schedule. We offer complete home remodeling services including complete home and apartment renovationskitchens, bathrooms, electrical, plumbing, tiling, flooring, painting and other services. BuildSpaces keeps home owners informed along the way with daily updates on projects.

Contact us for a free estimate on your next Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya or Negeri Sembilan home renovation project. We go above and beyond to complete your project on time and within budget with well-designed home renovation solutions that are an expression of your lifestyle.

× Click Here for Free Consultation