ATAP @ BUMBUNG
Pernah lihat mana-mana premis yang tidak mempunyai bumbung? Sukar bukan? Ya, premis perlukan bumbung, malah gerai makan tepi jalan juga beratapkan payung. Atap atau bumbung merupakan antara satu element penting dalam sesebuah bangunan untuk memberikan rasa selesa dan selamat ketika berada di dalam bangunan tersebut. Tidak lengkap bangunan itu jika tidak dipasangkan bumbung, Seperti sedia maklum, bumbung atau atap ini bertindak sebagai pelindung dari gangguan luar seperti cuaca.
Kerana fungsi bumbung adalah seperti tersebut, material untuk bumbung perlulah kuat dan tahan dengan perubahan cuaca. Saat ini atap tersedia dalam banyak bahan, jenis, bahkan warna. Namun, tentu sahaja fungsi dan kualiti harus diutamakan agar dapat diduduki dan digunakan dengan aman. Beberapa material di bawah ini yang dijadikan pilihan oleh orang ramai.
ATAP GENTING - TANAH LIAT
Jenis material ini sangat umum di kalangan masyarakat kita. Atap jenis tanah liat ini dibuat dengan cara dipadatkan seterusnya dibentuk lalu dibakar. Atap tanah liat ini sangat kuat terhadap angin ataupun saat hujan lebat dan angina kuat. Walaupun ukuran dan kepelbagaianya tidak banyak, atap berbahan tanah liat memiliki harga yang agak murah. Selain itu, atap tanah liat ini jenis awet, tidak mudah lapuk, terbakar, atau rosak akibat serangga. Dalam penggunaannya, diperlukan rangka dan dipasang dengan kecondongan tertentu. Agar semakin selesa, kontraktor akan menggunakan teknik pemasangan kunci atau kaitan pada rangka penyangga.
ATAP GENTING - SERAMIK
Jenis ini berasaskan tanah liat yang disudahkan atau finishing menggunakan glazer pada bagian atasnya. Oleh sebab atap seramik memiliki finishing tersebut, atap seramik ini tampil lebih licin, berkilat, dan terdiri dari banyak pilihan warna. Jenis ini termasuk bahan yang tahan lama, warnanya kekal dan tidak memerlukan proses cat berulang. Namun, pemasangan dengan atap ini memerlukan kecondongan minimum 30 degree agar air hujan dapat mengalir dan tidak mudah tempias pada waktu berangin.
ATAP GENTING – SIMEN/KONKRIT
Material atap genting ini memiliki beban yang cukup berat, malah lebih berat daripada tanah liat. Pastinya bahan dalam pembuatan atap genting ini sangat kuat untuk menghadapi ancaman cuaca. Dengan campuran simen dan bahan aditif lainnya, atap genting ini tahan terhadap api atau pelapukan. Atap genting ini mempunyai bentuknya yang bergelombang ataupun datar, warnanya juga pelbagai. Namun, setanding dengan kualitinya, harga atap jenis ini cenderung lebih mahal.
ATAP METAL DECK
Atap metaldeck biasanya berbentuk lembaran dan dibuat daripada baja lapis ringan (zincalume steel). Selain itu,atap metaldeck juga dibuat menyerupai jenis lain, seperti genteng tanah liat, atau beton. Dengan beratnya yang ringan, beban yang dipikul rangka atap pun berkurangan. Selain itu, material ini dilengkapi dengan teknologi yang membuatnya mampu memantulkan semula panas yang membuatkan rumah terasa sejuk. Jenis ini juga ramah lingkungan karena dapat dikitar semula, tidak mudah terbakar, tidak karat, dan tidak memerlukan penjagaan atau pertukaran yang kerap seperti atap zink. Harga atap metaldeck agak mahal bila dibandingakn dengan atap dari bahan lain.
ATAP ZINK
Zink tentunya tak asing lagi bagi maysarakat. Biarpun atap jenis zink ini murah, tahan lama, dan ramai menggunakannya, zink juga memiliki beberapa kekurangan. Antara satu yang sering difahami adalah sifatnya yang menyerap haba panas sehingga membuat pengguna akan merasa tidak selesa akibat kepanasan. Selain itu, zink juga mudah berkarat dan tidak menarik dari segi penampilan.
ATAP SHINGLES
Atap shingles antara jenis atap paling popular hari ini, kerana atap shingles ini memiliki sifat yang ringan, tahan lama, menarik, dan harga yang agak berpatutan jika dibandingkan dengan bahan atap yang kompetitif seperti atap genting. Dengan kemajuan teknologi, penghasilan atap shingles ini memiliki ketahanan dalam cuaca dan angin, keselamatan dalam kebakaran, dan tahan lama, dan kurang berlaku masalah, malah atap shingles mudah untuk diperbaiki dengan meratakan dan diikat kembali dan yang lama boleh diganti.
ATAP ASBESTOS
Bahan satu ini barangkali sudah dikenal oleh masyarakat. Asbestos memiliki sifat yang ringan dan tahan lama. Harga atap jenis asbestos murah malah dapat membuatkan rumah menjadi lebih sejuk karena atap asbestos ini tidak menyerap panas. Namun, atap jenis asbestos ini mudah retak dan apabila hancur atau rosak perlu digantikannya dengan yang baharu. Selain itu, material yang digunakan untuk menghasilkan asbestos ini antaranya mudah lepas dan beterbangan sehingga boleh membahayakan kesihatan pengguna yang mampu menyebabkan peengguna berisiko menghidapi penyakit kanser paru-paru.