KESESUAIAN WARNA PREMIS
Rekabentuk dalaman rumah yang tidak ada keseragaman warna yang bersesuaian tentu akan membuatkan rumah anda kelihatan sangat tidak menyenangkan biarpun dalam apa bentuk. Selain mencari idea untuk membentuk sesebuah rumah, pemilihan warna yang serasi juga penting bagi membuatkan ruangan dalam rumah anda kelihatan lebih indah. Namun, pemilihan warna tidak semudah yang kita bayangkan kerana banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti warna kegemaran anda, warna perabot, kombinasi warna dan banyak lagi. Di sini, Buildspaces akan berikan beberapa tip untuk anda mengenai pemilihan warna.
Sifat warna
Setiap warna memiliki sifat-sifat yang berbeza, jadi anda harus tahu apakah sifat-sifat warna ini yang membantu dalam mewarnai kediaman anda.
Merah. Membangkitkan tenaga, aktif, optimis dan bersemangat. Warna merah juga dikaitkan dengan mewah dan penuh semangat. Namun, terlalu banyak warna merah juga boleh merangsang kepada kemarahan dan agresif.
Jingga. Sifat warna jingga ini lebih kurang warna merah. Jingga melambangkan sosial, kekuatan, percaya pada diri, membangkit semangat dan kreatif. Warna jingga juga memberi perasaan positif, gembira dan mampu meredakan tekanan. Namun, jika berlebihan, warna jingga mampu merangsang kepada hiperaktif.
Kuning. Warna kuning sifatnya cerah, membangkitkan tenaga, maju dan mampu meransang kemampuan untuk berfikir. Penggunaan warna kuning yang tidak sesuai mampu memberikan rasa tidak selesa dan ketakutan
Biru. Sifat warna biru adalah ketenangan, dingin dan nyaman. Warna biru juga mempengaruhi kelakuan lemah lembut dan penyayang malah membantu memudahkan meditasi. Namun, jika berlebihan mampu memberikan rasa kelesuan.
Hijau. Warna hijau bersifat aman, meredakan, tegur dan kuat. Namun, penggunaan warna hijau yang salah atau tidak bersesuaian mampu menimbulkan rasa terperangkap.
Ungu. Bersifat anggun, hangat dan feminisme. Selain itu, ungu gelap juga menambah kekuatan, imaginasi, kreatif dan inspirasi.
Putih. Satu warna yang melambangkan kesucian, murni dan memberi ketenteraman dan nyaman. Namun penggunaan warna putih yang berlebihan mendatangkan rasa kaku dan terpencil
Hitam. Memiliki sifat yang kuat, perlindungan, elegen dan megah. Warna hitam juga mendorong untuk berasa duka dan tertekan.
Lingkaran Warna
Kebiasaan lingkaran warna ini digunakan oleh mereka yang lebih profesional untuk memilih kombinasi lebih daripada satu warna. Namun, anda juga boleh gunakan lingkaran warna ini sebagai panduan dalam memilih warna untuk ruangan di kediaman anda.
Pelengkap (Complementary). Dua warna yang berada di seberang roda warna. Gabungan ini memberikan kombinasi warna yang tinggi dan kontra yang tinggi, warna-warna ini akan kelihatan lebih cerah dan lebih menonjol.
Monokromatik. Tiga warna, nada dan warna satu warna asas. Memberi kombinasi warna yang halus dan konservatif. Ini adalah kombinasi warna serba boleh yang mudah digunakan untuk projek reka bentuk untuk penampilan yang harmoni.
Analog (Analogous). Tiga warna yang bersebelahan pada roda warna. Kombinasi warna ini serba boleh, tetapi boleh menjadi luar biasa. Untuk mengimbangi skema warna analog, pilih satu warna yang dominan, dan gunakan yang lain sebagai aksen.
Triadik. Tiga warna yang jaraknya sama rata pada roda warna. Ini memberikan skema warna kontras tinggi, tetapi lebih rendah daripada kombinasi warna pelengkap – menjadikannya lebih serba boleh. Gabungan ini menghasilkan palet warna yang berani dan terang.
Tetradik. Empat warna yang jaraknya sama rata pada roda warna. Skema warna tetradik berani dan berfungsi paling baik jika anda membiarkan satu warna menjadi dominan, dan gunakan yang lain sebagai aksen. Semakin banyak warna yang anda ada di palet anda, semakin sukar untuk mengimbangi.
Kombinasi Warna
Adalah digalakkan untuk memilih warna yang bersesuaian dengan konsep rekabentuk rumah / dalaman anda. Anda boleh membuat penelitian warna untuk digabungkan dengan warna lain dengan menggunakan lingkaran warna. Kebiasaannya, ramai yang memilih warna neutral untuk sebahagian besar dalam sesebuah ruang dan di hiasan dengan warna yang lebih berani. Anda boleh memilih warna kegemaran anda untuk memenuhi ruangan, tetapi perlulah untuk anda bijak memilih warna kombinasi yang tidak keterlaluan. Pilihan warna yang serasi atau senada dengan perabot juga penting bagi meningkatkan keindahan ruangan tersebut.
Warna Ruangan
Anda tahu tak bahawa setiap ruang ada warna-warna kesesuaian mereka sendiri?
Ruang Tamu / Ruang Keluarga / Ruang Santai. Digalakkan menggunakan warna neutral seperti putih, warna pastel dan monokrom juga sesuai digunakan dalam ruang tamu bagi memberi ketenangan dan keselesaan ketika digunakan terutama apabila dikunjungi tetamu.
Ruang Makan. Ruang yang boleh menggunakan warna hijau muda / biru muda / ungu cair / warna-warna pastel untuk menaikkan keselesaan dan selera ketika menjamah makanan.
Dapur. Sebagai sebuah tempat inspirasi bagi tukang masak terhebat di dalam rumah, dapur haruslah mempunyai suasana yang selesa dan nyaman. Warna-warna jingga atau metalik seperti warna perang (coklat) sesuai bagi menambahkan semangat ketika berada di dapur.
Bilik Mandi. Bilik mandi sesuai menggunakan warna yang mampu memberikan kesan kesegaran. Anda boleh menggunakan warna putih, hijau atau biru untuk menghasilkan kesan kesegaran dan bersih.
Warna monochromatic adalah satu warna dan daripada satu warna ini dikembangkan menjadi tona warna yang berbeza mengikut dari pencahayaan / peratusan kekuatan warna tersebut yang menjadikan keadaan seakan-akan atau “blend”.
Namun, kesemua ini hanyalah cadangan, namun anda masih boleh memenuhi setiap ruang di rumah dengan warna pilihan hati anda.
Pengcahayaan
Pastinya ramai tahu pengcahayaan juga membantu memainkan peranan dalam sesebuah ruang. Ada rumah yang terkena cahaya matahari dengan baik ada rumah yang langsung tidak dimasuki cahaya matahari. Jadi, bagi rumah yang tidak dimasuki cahaya / kurang pengcahayaan digalakkan untuk menggunakan warna-warna yang cerah agar ruang akan kelihatan lebih luas dan terang. Bagi rumah yang dimasuki cahaya matahari yang sangat baik, anda boleh juga menggunakan warna-warna yang agak sedikit gelap untuk menimbulkan sedikit suasana di ruang tersebut.