SUSUN ATUR ALMARI

Serabut tengok almari sendiri? Ikuti beberapa langkah mudah ini untuk menyusun atur almari anda dengan baik. Mungkin memerlukan sedikit masa, tetapi hasilnya akan mememuaskan hati anda.

Menjaga almari yang teratur adalah satu proses yang berterusan dan hampir dilakukan secara harian, tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda tidak menghabiskan masa terlalu lama untuk menyusun semula pakaian anda setiap hari. Ini adalah tips untuk susun atur semula almari anda.

Reka bentuk ruang almari ideal

Sekiranya anda mempunyai masa dan wang untuk pengubahsuaian almari yang lengkap, bertindaklah untuk mencari kontraktor dan tukang untuk pembuatan semula almari ruangan anda. Sekiranya tidak, carilah idea kreatif untuk menggunakan dengan apa yang anda ada dan anda juga boleh menggunakan konsep almari terbuka. Perhatikan ciri-ciri almari anda, mungkin almari anda mempunyai banyak ruang simpanan, rak terbina di dalam, atau beberapa batang rod gantung. Fikirkan keadaan yang sedia ada ini untuk susun atur semula pakaian anda.

SUSUN ATUR ALMARI

Simpan pakaian mengikut kategori

Pengasingan pakaian mengikut kategori membantu dalam penyusunan semula almari. Asingkan  pakaian anda ke dalam kategori seperti seluar, gaun, kemeja-t, kemeja, blouse, aksesori, dan item lain dalam satu kategori sebelum beralih ke yang berikutnya. Cara ini kelihatan jelas dan ini dapat membezakan dengan mudah apabila anda ingin mencari baju yang selesa dan menarik dipakai ketika hendak keluar “dating” atau temu janji untuk berjumpa orang tersayang.

Gantungkan sesuatu yang mewah atau kukuh

tetapi, jika tidak, maka tetaplah menggantung pakaian yang sering / setiap hari dipakai di dalam almari yang bertutup.

Untuk menampakkan ruangan anda lebih menarik, gantung pakaian-pakaian yang tampak mewah dan cantik pada bahagian luar / yang mudah kelihatan seperti kemeja, gaun atau blazer.

Anda juga boleh menggantung semua pakaian menghadap ke arah yang sama, dengan item yang lebih panjang di sebelah kiri dan barang yang lebih pendek di sebelah kanan sehingga bahagian bawah pakaian anda mewujudkan garis miring ke atas.

SUSUN ATUR ALMARI

Lipat dan susun (stack) pakaian tebal

Denim dan baju sejuk dicadangkan untuk dilipat dan disusun atas sebab material yang tebal dan keras. Susunan yang betul ini mampu mengurangkan kesan berkerut, atau kehilangan bentuknya. Bukan hanya itu, anda akan dapat melihat setiap pakaian dalam susunan dengan jelas, menjadikannya lebih mudah untuk mencari apa yang anda cari.

Simpan dalam kotak / kotak berlaci

Untuk mana-mana pakaian yang jarang tapi masih digunakan, simpanlah di dalam kotak / kotak berlaci untuk mudah anda mencari dikemudian hari. Anda juga boleh membuat tanda / label pada kotak bagi memudahkan anda mencarinya nanti.

SUSUN ATUR ALMARI

TIPS TAMBAHAN​

Sekiranya anda ada terfikir “bila nak pakai ni?” atau “baju ni tak pernah pakai pun” atau “tak muat dah ni” atau apa-apa yang anda terfikir yang menjadikan anda ragu-ragu dengan pakaian tersebut, hantarkanlah pakaian yang masih elok itu ke mana-mana pusat pengumpulan pakaian terpakai. Tidaklah membazir kain reput begitu sahaja tanpa dipakai malah anda mendapat ganjaran pahala kerana membantu.

Jangan menggunakan cara malas dengan melemparkan pakaian menjadi “gunung kain” yang besar selepas diangkat dari jemuran, ni adalah satu tindakan yang tidak cekap. Sewaktu sidai dan jemur pakaian, anda boleh terus menggantung mana-mana pakaian yang sering digunakan seperti kemeja, gaun, atau mana-mana pakaian yang anda sering gantung dan mudah untuk anda terus simpan di dalam almari setelah kering. Pastikan juga anda mengibas kain / pakaian sebelum gantung atau sidai bagi memastikan sisi kain tidak terkelepet.

susun atur almari

BuildSpaces Touch is fully licensed and insured and provides official estimates with costs, timelines and payment schedules. We are a lead safe certified firm of professional general contractors that plan, design, file permits and licenses, schedule, order materials and keep the workflow moving according to schedule. We offer complete home remodeling services including complete home and apartment renovationskitchens, bathrooms, electrical, plumbing, tiling, flooring, painting and other services. BuildSpaces keeps home owners informed along the way with daily updates on projects.

Contact us for a free estimate on your next Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya or Negeri Sembilan home renovation project. We go above and beyond to complete your project on time and within budget with well-designed home renovation solutions that are an expression of your lifestyle.

× Click Here for Free Consultation